Hari Kesedaran Kesihatan Wanita Bersama MayFirst & PUSPANITA


TEMPAT : DEWAN BAHASA & PUSTAKA, KL
TARIKH : 15/OKTOBER/2009

Sebagai sebuah syarikat bumiputra melayu, MayFirst Gold Sdn Bhd menunaikan Fardu Kifayah Koporat yang merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan.
Program ini berlangsung pada 15/Oktober/2009 bertempat di Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur yang mana mengumpulkan ahli-ahli Puspanita dari DBP dan juga peserta dari Jabatan Kementerian Pelajaran, Putrajaya yang hadir bagi program kesihatan yang diadakan.
Sesi pertama merupakan satu topik yang menggupas akan kesihatan serviks.Yang mana dikendalikan oleh Dr. Sulaiman Temanang yang merupakan seorang konsultan dari National Cancer Society Malaysia yang juga merupakan ahli panel dalam MayFirst Health & Wellness Council.Dr Sulaiman Temanang membicarakan tentang kesihatan sistem reproduktif wanita dan juga Kanser Serviks.
Sesi kedua pula diteruskan oleh Hj Abd.Rahim Datuk(Hj)Yahya R.Ph yang merupakan ahli farmasi dan juga pengerusi MayFirst Health & Wellness Council.Beliau memberikan ceramah mengenai Gelombang Kedua H1N1!Yang mana ia merupakan isu semasa yang sedang hangat diperbualkan diperingkat global.Disamping memperkenalkan kepada pengguna akan kepentingan mengambil MayFirst Olive Oleo untuk mencegah H1N1
Program diperhangatkan dengan kehadiran Duta Produk Collagen Astaxanthin, Vanidah Imran yang merupakan duta dan juga pengguna setia produk wanita keluaran MayFirst.Kehadiran beliau, telah memberi semangat kepada wanita-wanita PUSPANITA agar lebih menitik beratkan akan hal berkaitan dengan kesihatan bukan sahaja untuk kelihatan cantik diluaran tetapi cantik dari segi dalaman.

PMR KINI MENJELANG TIBA.. JANGAN ABAIKAN KESIHATAN ANAK ANDA !

Sempena musim peperiksaan PMR ini, dinasihatkan ibu bapa atau penjaga terutamanya mereka yang mempunyai anak yang sedang menduduki peperiksaan supaya sentiasa memantau tahap kesihatan anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak mereka menunjukkan simptom Influenza-Like Illness (ILI), pastikan mereka mendapatkan rawatan segera daripada klinik atau hospital berhampiran. Selain itu, ibu bapa atau penjaga juga dikehendaki memaklumkan kepada pihak sekolah tentang kesihatan anak masing-masing supaya tindakan yang bersesuaian dapat diambil oleh pihak sekolah.

Kementerian Kesihatan juga telah meminta kerjasama petugas-petugas yang mengawasi peperiksaan supaya mengasingkan pelajar yang mempunyai gejala ILI daripada pelajar yang sihat. Pelajar yang mempunyai gejala ILI dikehendaki memakai topeng muka. Ini kerana selagi pelajar itu masih mempunyai tanda-tanda atau gejala, pelajar tersebut masih menjadi punca jangkitan kepada pelajar lain.walaupun dinasihati memakai topeng muka untuk mengelakkan sebarang jangkitan kepada pelajar lain.

Oleh itu sebagai sebuah syarikat kesihatan, MayFirst Gold Sdn Bhd telah mengeluarkan produk Antioksida yang dapat membantu meningkatkan tahap sistem imun badan agar dapat menghindari diri daripada terkena jangkitan Virus H1N1. MayFirst Olive Oleo merupakan produk yang bukan sahaja tinggi dari segi kandungan antioksidannya, tetapi ia merupakan produk yang banyak memberi manaafat kepada seisi keluarga. Ini kerana MayFirst Olive Oleo merupakan produk 100% dari sumber semula jadi iaitu Daun Zaitun. Pelbagai kajian telah dilakukan samaada didalam atau diluar negara mengenai kehebatan Daun Zaitun.

Dengan mengamalkan 1 sudu teh setiap hari, bukan sahaja kesihatan malahan kita sebagai ibubapa menjamin masa depan anak kita. Dengan tubuh yang sihat, minda anak kita pasti cergas. Jika sayangkan anak anda, jangan takut untuk keluarkan sedikit pembelanjaan untuk masa depan anak anda.


Situasi semasa Pandemik Virus H1N1.
Tarikh : 8/Oktober/2009

Pada hari ini seramai 228 pesakit baru dengan gejala Influenza-Like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara 183 kes telah didiscaj.

Kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara : 814 kes di 97 buah hospital termasuk 14 hospital swasta. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 34 pesakit atau 4% merupakan kes influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.
34 orang : menerima rawatan di hospital

11 kes atau 32% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Tiada kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi sementara dua (2) kes telah discaj hari ini. Faktor risiko seperti berikut; kanak-kanak bawah 5 tahun (4), penyakit kronik (2), obesiti (2) dan seorang dengan dua faktor risiko iaitu bawah 5 tahun serta penyakit kronik.

Tiada kematian akibat Influenza A (H1N1) yang didaftarkan hari ini di Malaysia menjadikan jumlah kematian kekal 77 orang.


Testimoni MayFirst Olive Oleo

Nama : Mohd Adam Hakimi bin Azni Suleiman
Umur: 4 tahun
"Adam mengalami batuk dan tiada selera makan selama seminggu. batuknya masih tidak sembuh walaupun telah mengambil ubat dari klinik. Selepas 5 hari mengambil MayFirst Olive Oleo batuknya telah tiada dan selera makannya kembali normal seperti sedia kala. Syukur kini adam kembali aktif seperti dahulu."


Nama : Iman Aisyah Binti Salleh
Umur : 4 tahun
"Setiap bulan Aisyah selalu demam, selsema dan batuk. Tetapi hanya seminggu Aisyah mengambil produk ini, nampak perubahan dari kesihatannya. Kini sudah sebulan Aisyah mengambilnya, ternyata perubahannya amat ketara. Aisyah tidak lagi ke Klinik setiap bulan seperti selalu."


Nama : Danish Faiq Bin Mohd Faiz
Umur : 5 tahun
"Selepas menjalani pembedahan sinus,Danish masih kerap berhingus, batuk dan selesema. Tidak sembuh, walaupun telah mengambil ubat Klinik.Tetapi apabila telah mencuba MayFirst Olive Oleo selama 4 hari, selesemanya telah kering, malah ia lebih sihat dan cergas."


Nama : Fatimah Binti Manap
Umur : 53 tahun
"Batuk yang berterusan selama seminggu menyukarkan tugasan seharian. Walaupun telah mengambil ubat dari klinik ia masih tidak menunjukkan perubahan. Setelah 3 hari mengambil MayFirst Olive Oleo, batuk saya berkurangan dan 3 hari kemudian, batuk saya tiada lagi. Kini saya merasa lebih sihat & cergas ."

Statistik Virus H1N1 setakat 30/September/2009

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77

Kementerian Kesihatan telah memaklumkan bahawa angka kematian akibat influenza A (H1N1) di Malaysia masih kekal 77 orang selepas tiada kematian baru didaftarkan sejak 19 September 2009.

Untuk makluman, pada hari ini seramai 147 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 153 kes telah didiscaj. Jumlah semasa kes ILI yang dirawat di seluruhan negara sehingga hari ini adalah sebanyak 890 iaitu di 82 buah hospital termasuk 9 hospital swasta.

Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 74 pesakit atau 8% merupakan kes influenza A (H1N1) disahkan melalui ujian makmal.
Daripada jumlah pesakit influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 18 kes atau 24% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Terdapat 1 kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi dan 1 kes discaj hari ini.

Untuk makluman, kesemua kes disahkan positif influenza A(H1N1) mempunyai faktor risiko seperti berikut;
kanak-kanak bawah 5 tahun (7), obesiti (4), penyakit kronik (6) dan penyakit respiratori kronik (1).

Musim Tengkujuh & Gelombang Kedua H1N1


Tanpa kita sedari, kita sudah memasuki Bulan Oktober. Dan semestinya kita ketahui musim tengkujuh akan melanda. Pelbagai persiapan kita lakukan, terutama bagi negeri-negeri yang sering dilanda banjir. Musim tengkujuh, akan mengakibatkan perubahan dari segi cuaca. Udara akan lebih sejuk dan lembap semasa musim tersebut dan dikhuatiri ia akan mempercepatkan penyebaran VIRUS H1N1.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, gelombang kedua H1N1 dijangka membawa kesan yang lebih teruk memandangkan keadaan cuaca yang sejuk dan lembap.Orang ramai dinasihati agar tidak memandang sambil lewa dengan perkara ini, utamakan aspek kesihatan dan jangan sesekali mengabaikannya, bersedialah !

Pelbagai infomasi telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang VIRUS H1N1, nasihat serta langkah pencegahan telah diberikan. Adakah semua itu cukup? Fikirkan ......

Kita disaran agar menjaga kebersihan, cuci tangan bersih-bersih adakah itu cukup untuk memastikan kita tidak terdedah dengan VIRUS sebegini? Paling Utama adalah... Anda menjaga kesihatan diri anda. Kesihatan diri hanya diperolehi dari kekuatan sistem imun badan kita.

Jika sistem imun badan lemah, segala penyakit mudah menyerang tubuh badan kita...

Jadi Tingkatkan Sistem Imun Badan kita agar terhindar dari VIRUS H1N1.




Ancaman Flu Virus Influenza H1N1!!!

Salam hormat dan salam menyambut bulan Ramadhan al mubarak...

Tahun 2009 ini kita dikejutkan dgn ancaman kesihatan pendemik Influenza H1N1, penyakit sebaran virus Influenza H1N1 yang menakutkan dan telah meragut ribuan, malah menuju ke arah ratusan ribuan nyawa manusia diseluruh dunia. Kanak-kanak, wargatua, mereka yang yang mempunyai daya tahan tubuh yang lemah, mereka yang berpenyakit adalah mangsa sasaran Virus Influenza H1N1.Angka kematian pesakit Influenza H1N1dinegara kita telah mencecah 69 org, dgn kes yang dirawat seramai 3,900 org dan kes yang dijangkiti 80,000 org (laporan Informasi Kementerian Kesihatan Malaysia) .

Apa harus anda lakukan agar tidak menjadi sebahagian daripada statistik pesakit atau kematian? Saranan Kementerian Kesihatan ialah...anda perlu memakai penutup mulut dan hidung,mencuci tangan dengan bersih, menjaga kebersihatan diri, mengelak daripada berada ditempat padat manusia dan melaporkan diri diklinik dan hospital jika ada simptom-simptom jangkitan Influenza H1N1.Kementerian Kesihatan tidak menetapkan amalan perlindungan didalam tubuh manusia seperti vaksin(yang masih dalam kajian), atau tablet (seperti Tamiflu).Terpulang kepada individu untuk mengamalnya.Mencegah lebih baik dan murah daripada merawat!! Biasalah kos perubatan, ujian makmal dan tempoh menetap dihospital swasta atau kerajaan adalah tinggi. Baru-baru ini pihak insuran enggan menaggung kos perubatan pesakit dijangkiti Influenza H1N1.

Apalah nasib kita yang berdepan dengan wabak yang menakutkan ini...Bagaimana harus kita lakukan bagi mencegah sebelum dijangkiti virus ganas itu.Saranan Kementerian Kesihatan itu ada munasabahnya..iaitu untuk mengelak kemasukan virus H1N1 ke dalam tubuh yang kurang daya ketahanan.Tetapi tidak ada jaminan langkah-langkah tersebut mampu menghalang 100% kemasukan virus tersebut.Pendekata, tubuh perlu kekuatan pertahanan imun bagi memusnahkan saki baki virus yang memasuki tubuh.

Isu pada saat-saat 'kritikal' ini ialah setiap individu perlu menguatkan pertahanan (Imun) badan.Isu panas dipasaran ialah saranan untuk mengambil ANTIOKSIDAN adalah pilihan terbaik untuk menguatkan pertahanan badan mencegah Virus H1N1.Sebenarnya Antioksidan juga bukan satu jaminan tetapi ia adalah pilihan bijak dan terbaik masakini.Mayfirst Olive Oleo mengandungi 5 super antioksidan yang digabung dengan nisbah seimbang secara semulajadi daripada ekstrak daun zaitun (olive) untuk memberi kesan positif dalam menangaani pembiakan virus, bakteria, kulat dan virus didalam tubuh manusia.

Gabungan mantap 5 superantioksidan menjadikan Mayfirst Olive Oleo.."The Mercedez of ANTIOXIDANT". Kajian kesan antiviral ekstrak daun zaitun seawal 1960 dan kajiselidik disebuah Klinik di Budapest,Eropah menunjukkan bahawa 90% daripada164 pesakit mengalami jangkitan Flu, Selsema, Batuk, lelah dan pelbagai masaalah salur pernafasan telah mengalami pemulihan setelah diberi rawatan Ekstrak Daun Zaitun..Kajian ini menyokong bahawa Ekstrak Daun Zaitun berkesan memerangi jangkitan virus. Kini, Mayfirst Olive Oleo, MINUMAN 100% EKSTRAK DAUN ZAITUN SEGAR merupakan satu lagi harapan untuk mencegah pembiakan Virus H1N1 didalam tubuh individu berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wargatua,mereka mempunyai daya imun yang lemah, mereka yang mempunyai penyakit dan mereka yang tinggal dikawasan penduduk yang padat.

Hanya mengambil satu(1) sudu teh(5ml) untuk orang dewasa dan 1/2 sudu teh bagi kanak-kanak setiap hari anda mampu melindungi Virus H1N1 daripada menular didalam tubuh anda.Jika anda telah dijangkiti virus tersebut, hendaklah mengambil 1 sudu teh tiga kali sehari. Lindunglah diri anda, anak dan seisi keluarga yang tercinta sekarang juga.

MAYFIRST OLIVE OLEO ,PILIHAN BIJAK ANDA!!!

Virus H1N1 Mengganas! Mengapa Kita Masih Alpa!


Tuan Haji Rahim Bin Datuk Haji Yahya, R.Ph
Ketua Panel MayFirst Health & Wellness Council
B.Pharm. Hons (USM), M.Sc. (USM)
Assistant General Manager/Consultant Clinically
Herbalist & Pharmacist
MayFirst Gold Sdn. Bhd.


Virus adalah organisma yang merebak begitu pantas melalui udara dan sentuhan. Begitu juga virus H1N1 mengembangkan penularannya begitu pantas dengan sekelip mata. Biasanya virus akan melumpuhkan pertahanan badan dan mengakibatkan kerosakan bahagian organ atau anggota tubuh dalaman yang dijangkiti. Kesan serangan tersebut akan mengakibatkan suhu tubuh meningkat secara mendadak sehingga ke tahap kepanasan yang boleh mengakibatkan maut. Maka, virus H1N1 tidak boleh berada di dalam tubuh sama sekali.

SIAPA YANG BERISIKO?
Serangan virus H1N1 lebih mudah dan pantas bagi mereka-mereka yang berisiko tinggi seperti individu yang mempunyai pesakit kronik (diebetes, jantung, darah tinggi), kanak-kanak dan bayi, ibu hamil, obesiti, masalah paru-paru dan penafasan dan mereka yang mempunyai daya tahan yang lemah.

Ini disebabkan individu yang berisiko mempunyai daya ketahanan yang sangat lemah dan tidak dapat bertahan terhadap serangan virus H1N1. Maka langkah berjaga-jaga bagi mencegah kemasukan H1N1 ke dalam tubuh perlu dipandang serius.

Angka kematian akibat daripada serangan virus H1N1 di Malaysia telah mencapai seramai 73 orang. Angka ini agak tinggi berbanding daripada statistik di luar negara. Apakah rakyat Malaysia begitu alpa dengan saranan Kesihatan Malaysia terhadap langkah-langkah yang perlu diambil bagi menghalang penularan wabak maut H1N1?

Apakah masyarakat Malaysia masih Alpa dan tidak peka terhadap statistik kematian yang kian meningkat? Bagaimana jika angka statistik tersebut kepunyaan sanak-saudara, anak-anak dan kaum keluarga anda? Tentunya anda adalah orang yang agak agresif mewar-warkan betapa langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah penularan virus H1N1 amat penting dan genting ketika ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia berkali-kali menyarankan agar hidung dan mulut ditutup apabila berada di kawasan tumpuan ramai, mencuci tangan apabila bersin atau batuk, elak daripada berada di kawasan ruang yang sempit dan bagi mereka yang telah dijangkiti perlu berada di kawasan kurungan terhad.

Walau langkah-langkah tersebut dilakukan ia hanya dapat merencat sedikit pergerakan penularan virus. Kita tahu virus H1N1 boleh memasuki tubuh melalui mana-mana rongga tubuh. Yang pentingnya bagaimana harus kita rencat (halang) pembiakan pantas H1N1 apabila telah berada di dalam tubuh terutama mereka yang berisiko tinggi.

Di sinilah tahap kekuatan makanisma pertahanan tubuh perlu diutamakan. Lazimnya, individu yang peka terhadap kekuatan pertahanan tubuh mereka akan mengekalkannya melalui permakanan tradisional yang mengandungi khasiat antioksidan. Harus diingat, tidak semua persediaan herba mempunyai khasiat tersebut.

Antioksidan adalah komponen di dalam herba mempunyai tugas untuk meningkatkan kekuatan pertahanan badan dengan memusnah, menghalang atau menutralkan bahan atau organisma yang tidak diterima oleh tubuh. Oleh itu, keupayaan antioksidan menjalankan fungsi tersebut adalah amat penting bagi memastikan keberkesanannya. Lazimnya sesuatu antioksidan diukur melalui analisis dengan unit ORAC (Oxygen Radical Absorbant Capacity) iaitu DAYA KEUPAYAAN SERAPAN OKSIGEN.

Nilai tersebut menjamin kualiti dan keberkesanan sesuatu antioksidan. Sebagai contoh, ekstrak Daun Zaitun mempunyai ORAC 400% melebihi Vitamin C, 700% dari Jus Manggis. 76% daripada Biji Anggur dan 67% daripada Teh Hijau. Ekstrak Daun Zaitun merupakan kemunculan super antioksidan era abad ke-21.

Kajian saintifik menunjukkan keberkesanan yang menyakinkan ekstrak daun Zaitun adalah disebabkan 5 gabungan semulajadi antioksidan yang seimbang untuk memberi kesan ”saling membantu” untuk menghasilkan kemusnahan radikal bebas terutamanya virus yang amat mujarab. Banyak kajian klinikal mengenai kemujaraban antioksidan daripada ekstrak Daun Zaitun sebagai bio-antiviral dilaporkan.

Kini, ekstrak Daun Zaitun dipasarkan melalui sediaan minuman berkhasiat oleh MayFirst Gold Sdn. Bhd melalui jenama MAYFIRST OLIVE OLEO (200ml). Produk elit yang diimpot terus daripada Australia dan mendapat pengiktirafan GMP Australia, Australian Registered Therapeutic Goods (ARTG) dan HALAL adalah pilihan kita masa kini dan boleh dipercayai.

MayFirst Olive Oleo mudah dimiliki, hanya dengan menghubungi MayFirst Gold Sdn. Bhd menerusi talian 03 55131688 untuk perhatian Surini atau Wati atau layari laman web http://www.mayfirst.com.my/ untuk senarai stokist di kawasan anda.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk MayFirst Olive Oleo dan peranannya berkaitan H1N1, sila hubungi Tuan Haji Rahim Bin Datuk Haji Yahya, R.Ph di talian 016-2138080 atau 012-8313261.

MENGENALI MAYFIRST OLIVE OLEO

Minuman berkhasiat daripada 100% Ekstrak Daun Zaitun Segar diperbuat dari Ladang Zaitun terbesar di dunia, Lakeview Olive Estate di Tenggara Queensland, Australia.


Mempunyai kesan farmakologi sebagai Antioksidan yang kuat daripada 5 Gabungan Antioksidan Semulajadi Seimbang yang terdapat daripada Daun Zaitun (Oleuropein).

Oleuropein, Caffeic Acid, Hydroxytyrosol, Diosmetin,Verbascoside adalah Antioksidan semulajadi yang berkerjasama secara senergi untuk menguatkan mekanisma pertahanan badan, melancarkan peredaran darah didalam salur darah karnologi jantung dan bertindak sebagai "PHYTO-ANTIVIRAL".

PENGIKTIRAFAN

GMP - Good Manufactured Product

ARTG - Australian Register Of Therapuetic Goods

Halal Certificate - Gold Coast Halal Certification Servives/ Islamic Food Research Center Malaysia/Asia Region

Standadized Extract




TAHUKAH ANDA?

Pohon Zaitun mampu hidup lebih lama di muka bumi berbanding dengan pohon buah-buahan yang lain. Ia mampu bertahan berabad lamanya daripada serangan serangga, musim kemarau, virus, bakteria dan cuaca yang terlalu sejuk dan panas.
Kajian terbaru menunjukkan daun Zaitun segar mengandungi 100 sebatian semulajadi yang bergabung menghasilkan sistem pertahanan efektif pokok Zaitun. Sebatian tersebut termasuklah kumpulan unik antioksidan polifenolik yang kuat bertindak mempertahankan sel-sel pokok Zaitun daripada serangan radikal bebas yang dinamakan Oleuropein.
Kajian juga menunjukkan sebatian 'pertahanan' daripada daun Zaitun segar turut mempunyai potensi untuk mempertingkatkan kesihatan manusia.

KONSEP KESIHATAN

Kesihatan tubuh badan banyak bergantung kepada mekanisma semula jadi tubuh yang digelar Sistem Imun.

Sistem Imun tubuh bertindak menentang /menghalang/meneutralkan segala bahan yang memasuki tubuh samaada yang tidak diterima oleh tubuh. Tahap kesihatan tubuh manusia banyak bergantung kepada tahap keupayaan dan kekuatan fungsi Sistem Imun.

Sistem Imun akan semakin lemah apabila terdapat masaalah genetik -genetik,kewujudan penyakit kronik (darah tinggi, kencing manis, jantung) dan juga peningkatan usia.

Untuk mengekalkan kesihatan, sistem imun perlu dikuatkan bagi meningkatkan keberkesanan pertahanan tubuh.

Atas kesedaran keperluan masakini, orang ramai telah pekan didalam penggunaan produk kesihatan yang mengandungi "ANTIOKSIDAN" terutama produk-produk dari sumber alam semulajadi.

Antioksidan semulajadi merupakan bahan yang berupaya meningkatkan dan menguatkan sistem pertahanan tubuh. Ia lebih selamat, tiada kesan sampingan dan boleh menggunakannya selama mana yang diperlukan.