Virus H1N1 Mengganas! Mengapa Kita Masih Alpa!


Tuan Haji Rahim Bin Datuk Haji Yahya, R.Ph
Ketua Panel MayFirst Health & Wellness Council
B.Pharm. Hons (USM), M.Sc. (USM)
Assistant General Manager/Consultant Clinically
Herbalist & Pharmacist
MayFirst Gold Sdn. Bhd.


Virus adalah organisma yang merebak begitu pantas melalui udara dan sentuhan. Begitu juga virus H1N1 mengembangkan penularannya begitu pantas dengan sekelip mata. Biasanya virus akan melumpuhkan pertahanan badan dan mengakibatkan kerosakan bahagian organ atau anggota tubuh dalaman yang dijangkiti. Kesan serangan tersebut akan mengakibatkan suhu tubuh meningkat secara mendadak sehingga ke tahap kepanasan yang boleh mengakibatkan maut. Maka, virus H1N1 tidak boleh berada di dalam tubuh sama sekali.

SIAPA YANG BERISIKO?
Serangan virus H1N1 lebih mudah dan pantas bagi mereka-mereka yang berisiko tinggi seperti individu yang mempunyai pesakit kronik (diebetes, jantung, darah tinggi), kanak-kanak dan bayi, ibu hamil, obesiti, masalah paru-paru dan penafasan dan mereka yang mempunyai daya tahan yang lemah.

Ini disebabkan individu yang berisiko mempunyai daya ketahanan yang sangat lemah dan tidak dapat bertahan terhadap serangan virus H1N1. Maka langkah berjaga-jaga bagi mencegah kemasukan H1N1 ke dalam tubuh perlu dipandang serius.

Angka kematian akibat daripada serangan virus H1N1 di Malaysia telah mencapai seramai 73 orang. Angka ini agak tinggi berbanding daripada statistik di luar negara. Apakah rakyat Malaysia begitu alpa dengan saranan Kesihatan Malaysia terhadap langkah-langkah yang perlu diambil bagi menghalang penularan wabak maut H1N1?

Apakah masyarakat Malaysia masih Alpa dan tidak peka terhadap statistik kematian yang kian meningkat? Bagaimana jika angka statistik tersebut kepunyaan sanak-saudara, anak-anak dan kaum keluarga anda? Tentunya anda adalah orang yang agak agresif mewar-warkan betapa langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah penularan virus H1N1 amat penting dan genting ketika ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia berkali-kali menyarankan agar hidung dan mulut ditutup apabila berada di kawasan tumpuan ramai, mencuci tangan apabila bersin atau batuk, elak daripada berada di kawasan ruang yang sempit dan bagi mereka yang telah dijangkiti perlu berada di kawasan kurungan terhad.

Walau langkah-langkah tersebut dilakukan ia hanya dapat merencat sedikit pergerakan penularan virus. Kita tahu virus H1N1 boleh memasuki tubuh melalui mana-mana rongga tubuh. Yang pentingnya bagaimana harus kita rencat (halang) pembiakan pantas H1N1 apabila telah berada di dalam tubuh terutama mereka yang berisiko tinggi.

Di sinilah tahap kekuatan makanisma pertahanan tubuh perlu diutamakan. Lazimnya, individu yang peka terhadap kekuatan pertahanan tubuh mereka akan mengekalkannya melalui permakanan tradisional yang mengandungi khasiat antioksidan. Harus diingat, tidak semua persediaan herba mempunyai khasiat tersebut.

Antioksidan adalah komponen di dalam herba mempunyai tugas untuk meningkatkan kekuatan pertahanan badan dengan memusnah, menghalang atau menutralkan bahan atau organisma yang tidak diterima oleh tubuh. Oleh itu, keupayaan antioksidan menjalankan fungsi tersebut adalah amat penting bagi memastikan keberkesanannya. Lazimnya sesuatu antioksidan diukur melalui analisis dengan unit ORAC (Oxygen Radical Absorbant Capacity) iaitu DAYA KEUPAYAAN SERAPAN OKSIGEN.

Nilai tersebut menjamin kualiti dan keberkesanan sesuatu antioksidan. Sebagai contoh, ekstrak Daun Zaitun mempunyai ORAC 400% melebihi Vitamin C, 700% dari Jus Manggis. 76% daripada Biji Anggur dan 67% daripada Teh Hijau. Ekstrak Daun Zaitun merupakan kemunculan super antioksidan era abad ke-21.

Kajian saintifik menunjukkan keberkesanan yang menyakinkan ekstrak daun Zaitun adalah disebabkan 5 gabungan semulajadi antioksidan yang seimbang untuk memberi kesan ”saling membantu” untuk menghasilkan kemusnahan radikal bebas terutamanya virus yang amat mujarab. Banyak kajian klinikal mengenai kemujaraban antioksidan daripada ekstrak Daun Zaitun sebagai bio-antiviral dilaporkan.

Kini, ekstrak Daun Zaitun dipasarkan melalui sediaan minuman berkhasiat oleh MayFirst Gold Sdn. Bhd melalui jenama MAYFIRST OLIVE OLEO (200ml). Produk elit yang diimpot terus daripada Australia dan mendapat pengiktirafan GMP Australia, Australian Registered Therapeutic Goods (ARTG) dan HALAL adalah pilihan kita masa kini dan boleh dipercayai.

MayFirst Olive Oleo mudah dimiliki, hanya dengan menghubungi MayFirst Gold Sdn. Bhd menerusi talian 03 55131688 untuk perhatian Surini atau Wati atau layari laman web http://www.mayfirst.com.my/ untuk senarai stokist di kawasan anda.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk MayFirst Olive Oleo dan peranannya berkaitan H1N1, sila hubungi Tuan Haji Rahim Bin Datuk Haji Yahya, R.Ph di talian 016-2138080 atau 012-8313261.

No comments:

Post a Comment