Hari Kesedaran Kesihatan Wanita Bersama MayFirst & PUSPANITA


TEMPAT : DEWAN BAHASA & PUSTAKA, KL
TARIKH : 15/OKTOBER/2009

Sebagai sebuah syarikat bumiputra melayu, MayFirst Gold Sdn Bhd menunaikan Fardu Kifayah Koporat yang merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan.
Program ini berlangsung pada 15/Oktober/2009 bertempat di Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur yang mana mengumpulkan ahli-ahli Puspanita dari DBP dan juga peserta dari Jabatan Kementerian Pelajaran, Putrajaya yang hadir bagi program kesihatan yang diadakan.
Sesi pertama merupakan satu topik yang menggupas akan kesihatan serviks.Yang mana dikendalikan oleh Dr. Sulaiman Temanang yang merupakan seorang konsultan dari National Cancer Society Malaysia yang juga merupakan ahli panel dalam MayFirst Health & Wellness Council.Dr Sulaiman Temanang membicarakan tentang kesihatan sistem reproduktif wanita dan juga Kanser Serviks.
Sesi kedua pula diteruskan oleh Hj Abd.Rahim Datuk(Hj)Yahya R.Ph yang merupakan ahli farmasi dan juga pengerusi MayFirst Health & Wellness Council.Beliau memberikan ceramah mengenai Gelombang Kedua H1N1!Yang mana ia merupakan isu semasa yang sedang hangat diperbualkan diperingkat global.Disamping memperkenalkan kepada pengguna akan kepentingan mengambil MayFirst Olive Oleo untuk mencegah H1N1
Program diperhangatkan dengan kehadiran Duta Produk Collagen Astaxanthin, Vanidah Imran yang merupakan duta dan juga pengguna setia produk wanita keluaran MayFirst.Kehadiran beliau, telah memberi semangat kepada wanita-wanita PUSPANITA agar lebih menitik beratkan akan hal berkaitan dengan kesihatan bukan sahaja untuk kelihatan cantik diluaran tetapi cantik dari segi dalaman.

No comments:

Post a Comment