Musim Tengkujuh & Gelombang Kedua H1N1


Tanpa kita sedari, kita sudah memasuki Bulan Oktober. Dan semestinya kita ketahui musim tengkujuh akan melanda. Pelbagai persiapan kita lakukan, terutama bagi negeri-negeri yang sering dilanda banjir. Musim tengkujuh, akan mengakibatkan perubahan dari segi cuaca. Udara akan lebih sejuk dan lembap semasa musim tersebut dan dikhuatiri ia akan mempercepatkan penyebaran VIRUS H1N1.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, gelombang kedua H1N1 dijangka membawa kesan yang lebih teruk memandangkan keadaan cuaca yang sejuk dan lembap.Orang ramai dinasihati agar tidak memandang sambil lewa dengan perkara ini, utamakan aspek kesihatan dan jangan sesekali mengabaikannya, bersedialah !

Pelbagai infomasi telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang VIRUS H1N1, nasihat serta langkah pencegahan telah diberikan. Adakah semua itu cukup? Fikirkan ......

Kita disaran agar menjaga kebersihan, cuci tangan bersih-bersih adakah itu cukup untuk memastikan kita tidak terdedah dengan VIRUS sebegini? Paling Utama adalah... Anda menjaga kesihatan diri anda. Kesihatan diri hanya diperolehi dari kekuatan sistem imun badan kita.

Jika sistem imun badan lemah, segala penyakit mudah menyerang tubuh badan kita...

Jadi Tingkatkan Sistem Imun Badan kita agar terhindar dari VIRUS H1N1.




No comments:

Post a Comment