Statistik Virus H1N1 setakat 30/September/2009

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77

Kementerian Kesihatan telah memaklumkan bahawa angka kematian akibat influenza A (H1N1) di Malaysia masih kekal 77 orang selepas tiada kematian baru didaftarkan sejak 19 September 2009.

Untuk makluman, pada hari ini seramai 147 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 153 kes telah didiscaj. Jumlah semasa kes ILI yang dirawat di seluruhan negara sehingga hari ini adalah sebanyak 890 iaitu di 82 buah hospital termasuk 9 hospital swasta.

Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 74 pesakit atau 8% merupakan kes influenza A (H1N1) disahkan melalui ujian makmal.
Daripada jumlah pesakit influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 18 kes atau 24% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Terdapat 1 kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi dan 1 kes discaj hari ini.

Untuk makluman, kesemua kes disahkan positif influenza A(H1N1) mempunyai faktor risiko seperti berikut;
kanak-kanak bawah 5 tahun (7), obesiti (4), penyakit kronik (6) dan penyakit respiratori kronik (1).

No comments:

Post a Comment