TAHUKAH ANDA?

Pohon Zaitun mampu hidup lebih lama di muka bumi berbanding dengan pohon buah-buahan yang lain. Ia mampu bertahan berabad lamanya daripada serangan serangga, musim kemarau, virus, bakteria dan cuaca yang terlalu sejuk dan panas.
Kajian terbaru menunjukkan daun Zaitun segar mengandungi 100 sebatian semulajadi yang bergabung menghasilkan sistem pertahanan efektif pokok Zaitun. Sebatian tersebut termasuklah kumpulan unik antioksidan polifenolik yang kuat bertindak mempertahankan sel-sel pokok Zaitun daripada serangan radikal bebas yang dinamakan Oleuropein.
Kajian juga menunjukkan sebatian 'pertahanan' daripada daun Zaitun segar turut mempunyai potensi untuk mempertingkatkan kesihatan manusia.

No comments:

Post a Comment